Khamis, 20 Februari 2014

Di Sebalik Nama...

BRUWINEWORLD
Pada zaman ini tidak dinafikan bahawa teknologi maklumat telah menjadi satu keperluan di dalam kehidupan seharian kita tanpa mengira peringkat umur dan juga latar belakang kehidupan. Walaupun telah meninggalkan bidang ini sejak tamat pengajian pada tahun 2004 di UTM, saya merasakan bahawa sebagai individu yang mempunyai sedikit asas di dalam bidang ini adalah satu kerugian jika saya tidak menceburi bidang ini secara aktif walaupun tidak sepenuh masa kerana terikat dengan jadual kerja. Justeru saya memilih BRUWINEWORLD sebagai suatu langkah permulaan untuk menceburi bidang ini.
BRUWINEWORLD - WHAT? APA?
BRUWINEWORLD merupakan suatu penjenamaan yang saya gunakan di semua laman sosial di dalam talian dan juga luar talian seperti di media massa dan sebagainya. Secara langsung merupakan satu jenama tunggal yang saya gunakan untuk berhubung dengan semua pengguna laman sosial di dalam talian dan juga luar talian. BRUWINEWORLD akan menjadi platform untuk saya berkongsi segala maklumat yang saya rasakan releven, yang tidak menyentuh mana – mana sensitiviti kaum, agama, bangsa dan individu mahupun kumpulan dan golongan tertentu. Justeru, semua maklumat yang dikongsikan melalui jenama ini kelak meskipun ianya berkaitan dengan adat resam, agama, kepercayaan, bangsa, tempat dan sebagaiya adalah bertujuan untuk memberikan dan bekongsi maklumat agar kita mendapat pandangan yang terbuka dari sudut yang jelas mengenai sesuatu itu.
BRUWINEWORLD  - WHO? SIAPA?
BRUWINEWORLD adalah hak milik sepenuhnya saya sendiri yang juga merupakan penulis tunggal sepenuh masa yang mengemaskinikan setiap maklumat yang disalurkan melalui atau menggunakan jenama ini. Walau bagaimanapun saya akan mengunakan khidmat beberapa Penulis Jemputan yang bersesuaian di dalam memberikan sumbangan mereka ke arah menambahbaik jenama ini khasnya dan juga bahan siaran amnya. Juga dimaklumkan bahawa semua maklumat yang dikongsikan adalah dijustifikasikan UNTUK TONTONAN UMUM tanpa mengira peringkat umur, agama, bangsa dan juga status sosial.
BRUWINEWORLD – HOW? BAGAIMANA?
 BRUWINEWORLD akan menjadi satu platform perkongsian maklumat mengenai semua perkara yang releven berkaitan budaya, tempat, bangsa, agama dan sebagainya di dalam pelbagai bentuk termasuk gambar, video dan juga artikel. Semua maklumat adalah diperolehi melalui kaedah turun padang oleh saya sendiri yang akan mendapatkan maklumat daripada individu ataupun kumpulan yang terlibat secara terus dan juga perkongsian maklumat daripada sumber – sumber yang bertauliah dan releven bagi mengelakkan perkongsian maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan