Jumaat, 11 Julai 2014

Kisah Nabi Noh di sebalik sebuah filem...

Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia semuanya,
Sedar tidak sedar tahun 2014 telah memasuki suku kedua tahunan. Bagi kaum Dayak, kebanyakkannya telah pun mengadakan Majlis Ngiling Bidai @ Tikai sebagai tanda bahawa perayaan Gawai Dayak 2014 telah berakhir secara rasminya. Dalam sedar tak sedar juga bagi mereka yang beragama Islam pula telah masuk hari ke-14 mengerjakan Ibadah Puasa bagi tahun 1435H ini. Sesungguhnya Malaysia suatu Negara yang dilimpahi rahmat Tuhan dengan pelbagai agama, bangsa, budaya dan kepercayaan yang mampu hidup dengan harmoni sejak ianya diwujudkan pada Tahun 1963.
Lebih sebulan saya tidak menulis apa – apa entri baru di dalam blog ini selepas entri yang terakhir. Bukan juga kerana kesibukan di tempat kerja yang melampau mahupun kekeringan idea kreatif untuk menulis, tetapi banyak masa saya telah luangkan untuk menjelajah dunia siber ini lebih jauh. Dunia tanpa sempadan ini saya jadikan medan yang luas untuk mendalami pelbagai jenis karya – karya alam maya untuk dijadikan panduan di dunia penulisan saya dan juga kehidupan sebenar. Meskipun saya sendiri akui banyak pihak yang menyatakan bahawa alam maya ini sungguh sukar untuk dipercayai, tetapi sedar atau tidak. Samaada kita mengaku atau tidak. Kebanyakkan di kalangan manusia zaman ini menjadikan alam maya sebagai sebahagian besar kehidupan harian mereka. Tidak kira hanya untuk kehidupan sosial, mencari 1001 maklumat yang diperlukan untuk kelangsungan hidup dan juga berkongsi jalan kebenaran untuk memperbaiki diri dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi. Justeru, kenapa kita Manusia, yakni mahluk Tuhan satu – satunya yang dikurniakan waras akal masih menjadikan sesuatu yang kita tidak percaya dan ragui sebagai sebahagian besar dari kehidupan kita? Tepuk dada, buka minda…
Sejak berita menyatakan bahawa Filem Noah arahan Darren Aronofsky dan dibintangi Russel Crowe sebagai Noah bersama pelakon lain seperti Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson yang menelan kos pembikinan sebanyak RM412 juta akan diharamkan di beberapa Negara Islam termasuk Malaysia, saya secara peribadi mula mengikuti ulasan – ulasan para penggiat media dan juga institusi keagaam dan Negara mengenai perkara ini. Meskipun perkara ini tidak begitu digembar – gemburkan oleh pihak media, dan rasa rasa itu adalah satu tindakan yang baik kerana pengharaman filem itu sendiri adalah setelah pihak yang lebih arif dan bertanggungjawab mengambilkira pelbagai aspek dan sensitiv yang perlu. Walau bagaimanapun, hati kecil saya berkata bahawa saya tetap akan berjaya menonton filem tersebut kelak dengan adanya teknologi masa kini. Ternyata jangkaan saya benar kerana baru – baru ini saya telah berjaya untuk menonton file mini. Malah saya telah menonton filem tersebut tiga kaliuntuk mendapatkan gambaran yang lebih baik berkenaan mesej yang cuba disampaikan oleh filem tersebut.
Crowe menerusi temu bual bersama The Telegraph berkata, Noah bukan kisah teladan agama Kristian yang sering disampaikan kepada kanak-kanak dan ia akan mencabar pemahaman penonton mengenai Bible.

“Secara jujur, memandangkan terdapat perkara dalam agama Islam yang menyebabkan anda tidak boleh membuat cerita atau mempersembahkan imej mengenai nabi, sudah dijangka beberapa negara Islam akan mengharamkan filem itu,” katanya.
Secara peribadi saya mengaku apa yang dinyatakan oleh pelakon ini adalah benar dan boleh diterima setelah habis menonton filem tersebut untuk kali ketiga. Bagi saya filem yang diinspirasikan daripada kisah Nabi Noh yang sememangnya terdapat di dalam Injil, al-quran dan Taurat bukanlah seperti filem adaptasi yang lainnya apalagi adaptasi dari kisah mana – mana buku ajaran agama tersebut. Filem itu digarap dengan baik agar releven pada penonton zaman ini tidak kira apa juga peringkat umur, agama, bangsa, budaya dan juga latar belakang sosial. Ianya menunjukkan suatu ruang lingkup yang besar dan menyerluruh di dalam pembentukkan suatu organisasi di dalam ketemadunan moden zaman ini. Dengan jelas dan nyata kita dipaparkan akan cabaran maha besar yang perlu dihadapi oleh seorang manusia dalam mencapai suatu kesempurnaan dan kejayaan hakiki dunia dan akhirat. Bukan sahaja seseorang individu itu perlu taat dan punya integriti yang tinggi di dalam dirinya untuk mencapai kejayaan ulung tersebut. Malah dia juga harus memiliki orang – orang yang tepat dan punya matlamat yang sama untuk bersamanya dalam mencapai kejayaan tersebut. Seseorang itu dengan 1001 keperitan dan konflik harus memulakan segalanya dengan memiliki suatu organisasi asas yang kukuh yakni keluarga yang merupakan isteri dan anak – anaknya. Dengan kukuhnya organisasi asas yang terpenting ini barulah organisasi seterusnya mampu terbentuk dengan baik dan harmoni. Kita disajikan dengan konflik maha hebat sepanjang filem tersebut. Watak Noah berperang dengan konflik dalaman kendiri dalam memahami petanda yang diturunkan. Kewibawaan dia sebagai seorang ketua keluarga turut tercabar dengan konflik di  antara dia dan juga ahli keluarga. Kita dipaparkan dengan jelas dan nyata bagaimana sebuah institusi kekeluargaan yang dibina kukuh dengan asas didikan kerohanian yang jitu mula rapuh dan mula saling memusuhi, sangsi, hilang kepercayaan dan rasa hormat kepada satu sama lain sehingga sanggup berpakat dengan pihak ketiga untuk mencapai matlamat dan kepusan individu. Isteri mula mengingkari suami. Anak mula membenci bapa. Menantu mula melawan mentua.

Di dalam konteks yang lebih meluas dan mendalam, perkara ini pada zaman ini telah berlaku di setiap lapisan organisasi yang lebih besar. Malah lebih lagi ianya menular dan berlaku di dalam institusi pentadbiran sesebuah Negara dan juga tamadun itu sendiri. Masing – masing yang telah mengangkat sumpah untuk bekhidmat dan berbakti kepada suatu organisasi dan institusi yang telah memilih dan diamanahkan kepada mereka kian alpa dan tidak sedar akan hukum tuntutan asas mereka dipilih untuk berada di tempat itu agar matlamat dan kejayaan hakiki di semua lapisan institusi dapat dicapai sebaiknya. Malah mereka hanyut bersama kepentingan peribadi dan juga godaan dan janji manis pihak ketiga sehingga segalanya berakhir di jalan buntu dan saling menuding jari di antara satu sama lain.

Justeru saya begitu bersyukur kerana telah berkesempatan di dalam dunia yang canggih ini telah dapat menonton garapan kisah ini yang diubahsuai dengan baik sekali. Sebagai seorang Roman Katolik dan membaca Bible sejak kecil, saya percaya dan yakin bahawa apa yang wajib kita lakukan adalah berbuat baik kepada diri kita dan juga mereka yang disamping kita tidak kira apa jua latar belakang kita. Kerana sesungguhnya kita tidak sempurna, tetapi Tuhan telah menyediakan kita dengan segala kesempurnaan itu. Maka cari dan gunakanlah dengan sebaiknya. DI kesempatan ini juga saya ingin kongsikan serba sedikit penemuan saya berkaitan Nabi Noah selain daripada Bible.

KISAH NABI NUH MENURUT ISLAM Etimologi Suyuti menceritakan bahwa nama Nuh bukan berasal dari bahasa Arab, tetapi dari bahasa Syria yang artinya “bersyukur” atau “selalu berterima kasih”. Hakim berkata dinamakan Nuh karena seringnya dia menangis, nama aslinya adalah Abdul Ghafar (Hamba dari Yang Maha Pengampun).
Sedangkan menurut kisah dari Taurat nama asli Nuh adalah Nahm yang kemudian menjadi nama sebuah kota, kuburan Nuh berada di desa al Waqsyah yang dibangun didaerah Nahm.Nuh mendapat gelar dari Allah dengan sebutan Nabi Allah dan Abdussyakur yang artinya “hamba (Allah) yang banyak bersyukur”.
Geneologi  Dalam agama Islam, Nuh adalah nabi ketiga sesudah Adam, dan Idris. Ia merupakan keturunan kesembilan dari Adam. Ayahnya adalah Lamik (Lamaka) bin Metusyalih Mutawasylah (Matu Salij) bin Idris bin Yarid bin Mahlail bin Qainan bin Anusyi bin Syits bin Adam. Antara Adam dan Nuh ada rentang 10 generasi dan selama periode kurang lebih 1642 tahun.
Nuh hidup selama 950 tahun. Ia mempunyai istri bernama Wafilah, sedangkan beberapa sumber mengatakan istri Nuh adalah Namaha binti Tzila atau Amzurah binti Barakil dan memiliki empat orang putra, yaitu Kan??n, Yafith, Syam dan Ham.
Biografi Nabi Nuh Nuh adalah Rasul Allah yang pertama yang diutus ke atas bumi ini, sedangkan Adam, Syits dan Idris yang diutus sebelumnya hanyalah bertaraf Nabi saja , bukan sebagai Rasul kerana mereka tidak memiliki umat atau kaum.
Dari Ibnu Katsir bahwa Nuh diutus untuk kaum Bani Rasib. Dia lahir 126 sepeninggal Nabi Adam AS, sedangkan menurut Ahli Kitab dia lahir 140 tahun sepeninggal Nabi Adam.Dia adalah utusan yang pertama yang diutus untuk umat manusia. Penduduk yang diserunya dikenal dengan Banu Rasib.
Dari Ibnu Abi Hatim : Abu Umamah mendengar seorang berkata kepada Nabi “ Wahai Utusan Tuhan, apakah Adam seorang Nabi?” Nabi menjawab “Ya”. Orang tersebut bertanya lagi: “ Berapa Lama antaranya dengan Nuh?” maka Nabi Menjawab “sepuluh generasi”
Ibnu Abbas menceritakan Bahwa nabi Nuh diutus pada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengarungi banjir ketika ia berumur 600 tahun, dan kemudian setelah banjir ia hidup selama 350 tahun.
Ibnu Abi Hatim dari Urwah bin Al Zubayr bahwa Wadd, Suwa, Yaghuth, Ya’uq dan Nasr adalah anak nabi Adam. Wadd adalah yang tertua dari mereka dan yang paling saleh di antara mereka. Ibnu Abbas menceritakan bahwa ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh, dia bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, ia menjawab dia meninggal di saat usia muda karena ketakutannya ketika banjir. Ia berkata bahwa panjang kapal Nuh adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan.
Migrasi dari Suq Thamanim ke Babylonia Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, ia kemudian membangun suatukota di daerah Ararat (Qarda) disuatu areal yang termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut Themanon (Kota delapan Puluh) karena kota tersebut dibangun oleh orang yang beriman yang berjumlah 80 orang. Sekarang tempat tersebut dikenal dengan nama Suq Thamanin.
Ibnu Abbas kemudian menceritakan bahwa Nuh membangun kota Suq Thamanin dan semua keturunan Qayin dibinasakan. Menurut Al-Harith dari Ibnu Sad dari Hisham bin Muhammad dari ayahnya dari Abu Shalih dari Ibnu Abbas berkata ”ketika Suq Thamanin menjadi penuh dengan keturunan Nuh mereka berpindah ke Babylon dan membangun kota tersebut. Abd al Ghafar menceritakan ketika kapal berlabuh di bukit Judi pada hari Ashura.
Doa Nabi Nuh kepada Keturunannya Ibnu Ishaq mengatakan bahwa Nuh mendoakan ketiga putranya. Nuh mendoakan keturunan Sam menjadi nabi-nabi dan rasul. Nuh mendoakan keturunan Yafith untuk menjadi raja-raja, sedangkan dari keturunan Ham dia doakan agar menjadi abdi dari keturunan Yafith dan Sam.
Ketika Nuh menginjak usia lanjut, ia mendoakan agar keturunan Gomer dan Kush menjadi raja-raja, karena mereka berdua ini melayani kakeknya disaat usianya lanjut.
Ibnu Abbas menceritakan bahwa keturunan Sam menurunkan bangsa kulit putih, Yafith menurunkan bangsa berkulit merah dan coklat, Sedangkan ham menurunkan bagsa Kulit hitam dan sebagian kecil berkulit putih.
Anak Nabi Nuh Sebuah ilustrasi ketiga anak Nuh yaitu Sam, Ham dan Yafith. Dilukis oleh James Tissot 1904.
Kan’'an bin Nuh Dari keempat putra Nuh, hanya tiga orang yang selamat dari bencana banjir, karena taat serta mengikuti ajaran yang dibawa ayahnya. Adapun seorang anaknya lagi yang tertua, yaitu Kan’an, tewas tenggelam. Nuh merasa sedih karena anaknya tidak mau mengikuti ajarannya. Sedangkan menurut Hasan al-Bashri berpendapat bahwa Kan’an adalah anak tiri Nuh yaitu anak dari isterinya yang durhaka.
Yafith bin Nuh Ibnu Thabari menyebutkan istri Yafith bernama Arbasisah binti Marazil bin Al Darmasil bin bin Mehujael bin Akhnukh bin Qayin bin Adam dan darinya Yafith menurunkan 7orang anak laki-laki dan 1 orang anak perempuan, yaitu Gomer, Marihu, Wa’il, Hawwan, Tubal, Hawshil dan Thiras. Anak perempuan dari Yafith adalah Shabokah.
Sam bin NuhIbnu Thabari menyebutkan istri Sam bernama Shalib binti Batawil bin Mehujael bin Akhnukh bin Qayin bin Adam dan darinya Sam menurunkan Arfaqsyad, Asshur, Lud, Elam, dan Aram.
Ham bin NuhIbnu Thabari menyebutkan istri Ham bernama Nahlab binti Marib bin Al Darmasil bin bin Mehujael bin Akhnukh bin Qayin bin Adam dan darinya Ham menurunkan 4 orang anak laki-laki, yaitu Kush, Put, Kanaan dan Qibthy atau Misraim.
Menurut Ibnu Ishaq tidak diketahui apakah Aram adalah satu ibu atau dari ibu yang berbeda dengan anak Sam lainnya. Sam berdiam di Mekkah dan dari keturunannya yaitu Arpaksyad menurunkan nabi dan rasul. Kemudian dari nya menurunkan bangsa Arab dan bangsa Mesir kuno. Keturunan Yafith menjadi raja untuk wilayah non arab seperti Turki, Khazar dan Persian yang raja terakhirnya adalah Yazdajird bin Shahriyar bin Abrawizyang masih merupakan keturunan Gomer bin Yafith bin Nuh.
Keturunan Sam berdiam di Majdal yang berada dipusat bumi yang daerah tersebut berada di Satidama (suatu daerah bagian utara Irak atau dibagian Timur Anatolia), diantara Yaman dan Syria. Tuhan memberikan mereka scripture, dan kendahan dan kenabian dan memberikan warna kulit yang coklat dan putih.

NABI NUH MENURUT KRISTEN Nuh adalah anak laki-laki Lamekh, yang dilahirkan pada saat Lamekh berumur 182 tahun (Kej. 5:28; 1Taw 1:4)). Ia dilahirkan 1.056 tahun setelah Adam. Dari 10 generasi setelah Adam, Nuh adalah orang ketiga yang memiliki umur terpanjang, mencapai 950 tahun (Kej. 9:28-29). Namanya juga tercatat dalam silsilah Yesus di Lukas 3:36.
Nuh digambarkan sebagai orang yang benar di antara orang-orang lain yang hidup di zamannya. Kejadian 6:8 mencatat, “Tetapi Nuh mendapat kasih karunia di mata Tuhan”. Pada saat itu, manusia hidup bergelimang dosa sehingga Allah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman dengan bersabda “Aku akan memusnahkan mereka bersama-sama dengan bumi”. Akan tetapi, Allah tidak menghancurkan segala-galanya. Dia memerintahkan Nuh untuk membangun sebuah bahtera besar untuk menyelamatkan sebagian makhluk ciptaan-Nya.
Setelah bahtera itu selesai, Kitab Kejadian menggambarkan bahwa air merendam bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera. Nuh kemudian keluar bersama keluarga dan semua binatang yang ada di dalam bahtera tersebut.
Setelah Nuh diselamatkan, Allah mengadakan perjanjian dengan Nuh dan memberkatinya. Inilah perjanjian yang pertama dikenal dan bersifat universal karena meliputi seluruh umat manusia. Di kemudian hari, Allah mengadakan perjanjian pula dengan Abraham, tetapi perjanjian itu dianggap bersifat lebih khusus.
Etimologi  Nama Nuh berasal dari Ibrani yang berarti “hinggap”, “menentramkan”, “berhenti”, atau “istirahat” (2Raj 2:15; Rat 5:5; Ul 5:14). Arti nama Nuh berdasarkan asal kata tersebut adalah “sabat”, “istirahat”, dan “penghiburan”.
Keluarga Nabi Nuh Alkitab hanya mencatat Nuh memiliki tiga orang anak, Sem, Ham dan Yafet yang dilahirkan setelah Nuh berumur 500 tahun, sebelum air bah terjadi. Ketika Sem berusia 100 tahun, dua tahun setelah air bah, ia dikaruniai Arpakhsad. Oleh karena itu Sem hanya berusia 98 ketika banjir datang. Ham dikatakan sebagai yang termuda.
Nama istri Nuh tidak disebut dalam Alkitab, menurut Kitab Yobel (termasuk dalam kanon Gereja Ortodoks Ethiopia) namanya adalah Emzara. Tulisan-tulisan Midras memberinya nama Naamah, yang juga disebutkan dalam Kitab Yasar.

SUMBER REFERENSI SEJARAH NUH

1.AL QUR'AN
2.ALKITAB
3.BUKU KISAH NABI NUH AS

Bruwineworld @ Sematan 120714