Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia…
Di kesempatan ini saya ini mengucapkan Selamat Gawai Dayak 2014 kepada semua Kaum Dayak yang meraikan perayaan ini. Saya sendiri pada hari ini baru mula bertugas semula setelah bercuti untuk meraikan Gawai Dayak bersama keluarga dan sanak saudara dirumah panjang keluarga di Tatau Bintulu. Walau bagaimanapun bukan percutian itu mahupun perayaan itu yang saya ingin kongsikan. Sesungguhnya ada sesuatu yang sentiasa terlintas di fikiran saya sejak balik bercuti. Saya sebenarnya balik ke tempat kerja yang letaknya melebihi 3000km daripada kampung saya yang memerlukan saya menggunakan pengangkutan udara, darat dan juga sungai juga seadanya dua hari lebih awal. Ini adalah kebiasaan saya, supaya dapat memudahkan saya berehat sepenuhnya sebelum memulakan kerja.
Sesungguhnya pada Tahun 1999 dahulu ketika saya masih berada di Tingkatan Empat, saya telah menulis satu Cerpen yang bertajuk Pertentangan untuk menyertai Peraduan Menulis Sastera Kreatif Sekolah Menengah 1999. Dengan izin Tuhan cerpen ttersebut telah mendapat Tempat Pertama meskipun pada mulanya saya sendiri hampir putus asa dengan penulisan tersebut apabila karya tersebut pada mulanya tidak mendapat sambutan yang positif di kalangan guru – guru dan juga rakan – rakan saya. Ini memaksa saya membaca dan menilai berkali – kali cerpen tersebut tetapi naluri dan jiwa saya masih berkuat untuk menghantar cerpen tersebut berbanding cerpen lain yang telah saya hasilkan. Pada waktu itu saya usia remaja saya tidak mampu untuk memikirkan lebih jauh untuk penilaian yang lebih baik. Justeru saya telah memutuskan saya akan menghantar cerpen tersebut tanpa dinilai terlebih dahulu oleh pihak ketiga. Yakni adalah tulin hasil tulisan pertama saya dan ditaip oleh rakan sekelas saya kerana hanya dia yang mempunyai komputer pada waktu itu.
Selepas Gawai Dayak 2014. Hati saya sekali lagi terdetik untuk mencari karya tersebut yang pernah disiarkan pada suatu ketika dahulu. Dengan izin Tuhan dan kecanggihan teknologi maklumat pada waktu ini, dalam lima minit sahaja saya telah menemui karya tersebut. Syukur kepada Tuhan yang telah memudahkan segalanya. Berkali – kali saya baca dan ulangi bacaan saya sehingga tanpa sedar air mata saya menitis apabila saya menemukan jawapan kenapa saya menulis cerpen tersebut ketika saya masih berusia 16 tahun dahulu. Saya kian mengakui akan kebesaran Tuhan itu dan sesungguhnya dia lebih mengetahui kerana Dia adalah yang Mencipta dan Menentukan perjalanan hidup ini.
Dengan izin Tuhan, saya amat berbesar hati untuk berkongsi sekali lagi cerpen tersebut bersama kalian semua. Semoga kalian semua dapat member teguran dan pandangan setelah membaca cerpen ini untuk saya menambahbaik segala apa yang kurang di dalam diri saya dan juga hasil karya saya kerana sesungguhnya segala kekurangan dan kesilapan itu datang dari saya sendiri dan segala kebaikan dan kelebihan itu adalah anugerah Tuhan juga adanya.
Bruwineworld @ Sematan 090614
Tiada ulasan:
Catat Ulasan